BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 12, 2011

Final Popular Music Ensemble-Fallin by Alicia Keys

Selesai sudah exam final untuk popular music ensemble hari selasa lepas.Alhamdulilllah,semuanya berjalan dengan lancar eventhough i made a few mistake,tapi aku sangat berpuas hati,Susah kot nak cari Swagga Nigga ni.My group perform lagu Fallin by Alicia Keys.My Band terdiri daripada:

Mus-Vocal
Adam-Guitar
Indra-Guitar
Am-Bass
Mat-Drum
Sofia-Violin
Sarah-Cello

video

Selepas Exam:



p/s:Congratulation Mr.Patrick sebab dah nak kahwin bulan 5 nanti.Dia punya bakal isteri bukan calang-calang yer,Anak kepada tauke MYDIN.Kayo tu.Dan yang terakhir,kalau rajin,komenlah video tu yer=)

Monday, April 11, 2011

Talking To The Moon Cover by Mus


video

p/s:Sorry sebab terpaksa cut dekat bahagian last tu.Video ni direcord pada hari Ahad on 3.4.2011,esoknye me and my friend yang main gitar tu ada exam koir,Tapi gagah juga nak buat ni.I dedicatekan lagu ni kat Ann Aisyah and to all my beloved friends.Please leave a comment ok=)

Final Percussion Method

This is my group punya performance tajuk lagu dia Sibaya.Dalam group ni,Im playing Marimba.Why I choose marimba,sebab note untuk marimba dalam lagu ni ialah semibreve,lol.Dalam kelas Percussion Method ni,I really had much fun,sebab kelas dia relax and entertaining.Dan video dibawah ini adalah exam final kitaorang untuk percussion method ni=)

video

Monday, April 4, 2011

Born This Way Cover By Mus

Macam ni la jadinya kalau tak serius bila tengah record,but anyway,I hope u guys enjoy=)

video

P/s:Talking To The Moon is Coming Soon=)

Saturday, April 2, 2011

Konsert Opera Hidup Wings & Nikon coolpix L120

Semalam lepas balik daripada makan malam i got text messaging from Kak Ina berbunyi:

"Dear Choir mmbers.. We hv a new project on 28th april - 1 may 2011 ..We will backup awie 4 his concert.. 3 songs only.. If u r interested.. Do reply me ur name n ic no by 2nite..Tq..Ps*only by intivitation"

Pergh memang tak kan tolak la kan,walaupun aku tak minat sangat awie,Tapi pengalaman tu,Dekat Istana Budaya pulak tu.Cant wait.

p/s:Boleh aku simpan duit sebab aku nak beli Nikon coolpix L120=)


Tuesday, March 29, 2011

Glitterati Nuffnang

Hari khamis lepas aku buat Nuffnang,Sampai sekarang aku still tak berapa faham sangat pasal nuffnang ni.The hari ni aku buka website nuffnang then tengok status aku dari ahli biasa terus tukar ke Glitterati,Tapi aku still tak faham lagi,Then aku tengok nuffnang punya website ini yang dorang explain on their web.

Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik

Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.

Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2) Terma Pembayaran

Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.

Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.

3) Peluang Advertorial

Walaupun kempen iklan dapat menjana pendapatan yang stabil, kebanyakan blogger pasti tahu bahawa kempen advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Bergantung kepada pengiklan, komitmen dan trafik, setiap advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lumayan kepada blogger dan kadang-kala produk percuma turut disertakan.

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4) Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka

5) Peraduan

Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak kami anjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, kami memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6) Innit

Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.

Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami di Nuffnang ikhlas berharap inisiatif baru ini dapat menunjukkan penghargaan kami ke atas kesetiaan anda.


p/s:Born this way(coming soon)

Sunday, March 27, 2011

Juara Koir MPSJ & Mega Bakti Siswa UPM 2011

Yeah we win the Choir Competition.Pesaing dia boleh tahan juga hebat,Dalam hati aku cakap mungkin dapat nombor 2 or 3 la kot,Sekali Johan,memang melompat la time tu.Tapi masa seminggu sebelum pertandingan tu memang stress la,latihan die pada aku quite hardcore,dengan ramai tak datangnya masa latihan.Tapi its end up very well.So i want to thank to our Miss Conductor Kak Rai kerana membimbing kitaorang,Dan tak lupa juga kepada lecturer aku Miss Faezah Hamdan.So lepas ni boleh makan durian=)