BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 29, 2011

Glitterati Nuffnang

Hari khamis lepas aku buat Nuffnang,Sampai sekarang aku still tak berapa faham sangat pasal nuffnang ni.The hari ni aku buka website nuffnang then tengok status aku dari ahli biasa terus tukar ke Glitterati,Tapi aku still tak faham lagi,Then aku tengok nuffnang punya website ini yang dorang explain on their web.

Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik

Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.

Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2) Terma Pembayaran

Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.

Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.

3) Peluang Advertorial

Walaupun kempen iklan dapat menjana pendapatan yang stabil, kebanyakan blogger pasti tahu bahawa kempen advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Bergantung kepada pengiklan, komitmen dan trafik, setiap advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lumayan kepada blogger dan kadang-kala produk percuma turut disertakan.

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4) Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka

5) Peraduan

Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak kami anjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, kami memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6) Innit

Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.

Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami di Nuffnang ikhlas berharap inisiatif baru ini dapat menunjukkan penghargaan kami ke atas kesetiaan anda.


p/s:Born this way(coming soon)

Sunday, March 27, 2011

Juara Koir MPSJ & Mega Bakti Siswa UPM 2011

Yeah we win the Choir Competition.Pesaing dia boleh tahan juga hebat,Dalam hati aku cakap mungkin dapat nombor 2 or 3 la kot,Sekali Johan,memang melompat la time tu.Tapi masa seminggu sebelum pertandingan tu memang stress la,latihan die pada aku quite hardcore,dengan ramai tak datangnya masa latihan.Tapi its end up very well.So i want to thank to our Miss Conductor Kak Rai kerana membimbing kitaorang,Dan tak lupa juga kepada lecturer aku Miss Faezah Hamdan.So lepas ni boleh makan durian=)


BIla Cinta Cover by Me

Lagu ni dah lama record dah.Daripada tersimpan,lebih baik post jer.

video

p/s:Jangan hiraukan mimik muka yang aku buat sepanjang video ni berjalan,Memang nak mintak penyepak jer.

Saturday, March 26, 2011

Audition For The Secret Life of Nora


AUDITIONS! Today & tomorrow: Calling all actors, dancers and singers for an audition by Enfiniti Media Vision for their upcoming musical, The Secret Life of Nora. Enfiniti is the producer of hit musicals Puteri Gunung Ledang and P Ramlee. From 11am to 10pm.

p/s:I really want to go so badly,tapi esok aku ada Koir Competition,i dont know whether i can make it or not,Tak tahu sempat atau tidak=(

Target untuk 3 bulan akan datang

  1. Kereta
  2. Join Koir Kebangsaan
  3. Sambung dalam Degree in Music Performance
  4. Ipad 2

Friday, March 25, 2011

Grenade Cover by Mus

Ini dia lagu Grenade.Ada sumbang-sumbang sikit tu sorry la ek,Record lagu ni tgh2 malam,faham-faham jer la.Dan lagi satu,quality video memang x elok sangat.I hope u guys x distract la dgn quality video dia.So I hope u guys enjoy la ek=)

p/s:Thanks to my secionist Bueh Kaseh.

video

Thursday, March 24, 2011

In Celebration of The Voice (Voice Recital)

That was my first time perform solo.Selalunye koir jer.Memang fun la.Memang enjoy giler malam tu.Masa turn aku untuk perform tu,memang nervous giler la,Hanya Allah jer yang tau,Susah la nak control perasaan tu,Aku harap perasan gementar tu kalau boleh hilang terus,tak nak ada dalam diri nie.Nasib baik masa tengah perform tu tak nampak orang.Dan yang mengejutkan aku Syafinaz pun datang juga,nasib baik aku tak tau,Lepas aku perform tu baru aku tau yang dia ada.Kepada kawan-kawan aku yang hadir pasa malam tu.Thank u so much ek sebab sudi hadir,walaupun aku perform tak la bagus mana pun;-)